Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 10:02 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, menjejaki prestasi bursa Asia yang lebih baik, selain didorong oleh jangkaan positif pengumuman ‘habuan’ dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan hari ini, kata peniaga.

Pada jam 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.91 mata kepada 1,741.71 berbanding 1,736.80 pada penutupan Khamis.

Indeks dibuka 4.54 mata lebih tinggi kepada 1,741.34.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 157 berbanding 59, manakala 165 kaunter tidak berubah, 1,494 tidak didagangkan dan 106 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 134.84 juta saham bernilai RM40.22 juta.

Dalam notanya hari ini, TA Securities berkata jangkaan positif pengumuman habuan dalam Bajet 2018 yang akan diumumkan petang ini akan mengekalkan kedudukan saham yang tinggi, dengan spekulasi sektor yang dijangkakan memperoleh manfaat, akan menggalakkan belian bersilih ganti.

Sementara itu, Maybank IB Research berkata sentimen dijangkakan kekal tidak stabil di sepanjang hari ekoran pelabur berhati-hati menunggu pembentangan Bajet 2018.

"Sektor minyak dan gas dijangka menarik perhatian selepas harga minyak semakin mengukuh.
"Pada asas teknikal, kami menjangkakan FBM KLCI didagangkan antara 1,732 dan 1,745, dengan sokongan menurun pada paras 1,729 dan 1,713," katanya.

Antara saham wajaran tinggi, TNB menokok 36 sen kepada RM14.70, Sime Darby menambah tiga sen kepada RM9.11, manakala Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing kekal pada RM9.24, RM20.48 and RM7.40.
Bagi saham aktif, EA Holdings, M3 Technologies, Sumatec dan PUC masing-masing meningkat setengah sen kepada lima sen, 15.5 sen, 5.5 sen dan 18.5 sen, manakala GPA Holdings warrant tidak berubah pada lima sen.

Indeks FBM Emas meningkat 35.55 mata kepada 12,505.25, Indeks FBMT100 menambah 36.94 maa kepada 12,147.46 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 57.12 mata kepada 12,903.34.

FBM Ace meningkat 38.74 maa kepada 6,813.18 dan FBM 70 melonjak 56.36 mata kepada 15,209.35.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 14.77 mata kepada 7,9€24.67, Indeks Perusahaan turun 2.97 mata kepada 3,190.46 dan Indeks Kewangan meningkat 6.78 mata kepada 16,248.47.

Kontrak hadapan 

Sementara itu, kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dibuka tinggi pagi ini, selari dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang lebih baik.

Pada jam 9.20 pagi, kontrak Oktober 2017 meningkat 3.5 mata kepada 1,738.0, November 2017 menambah 4.0 mata kepada 1,740.5, Disember 2017 menokok 2.5 mata kepada 1,741.5, manakala Mac 2018 tidak berubah pada 1,740.5.

Jumlah dagangan sebanyak 822 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 33,604 kontrak.

Dalam notanya, RHB Research Institute Sdn Bhd berkata berdasarkan beberapa sesi yang lepas serta dagangan semalam, aliran menurun masih mengawal trend harga indeks, tanpa sebarang petunjuk untuk kembali mengukuh.

Penanda aras FBM KLCI mencatat 6.21 mata lebih kukuh kepada 1,742.92 selepas berurus niaga selama 24 minit.

- Bernama

Lihat Komen
ADS