Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafie bayar ikat jamin RM100,000, mungkin ke Parlimen
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 10:59 AM
Dikemaskini: 3:13 AM

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah dibebaskan selepas ditahan reman selama seminggu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau membayar ikat jamin RM100,000 hari ini berikutan pendengaran jaminan di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Kota Kinabalu pagi ini.

Menurut Star Online, Shafie mengangguk apabila ditanya sama ada beliau berhasrat menghadiri pembentangan Bajet 2018 petang ini.

"(Buat masa ini) saya perlu pergi dulu untuk pemeriksaan kesihatan," katanya.

Menurut beberapa laporan, Shafie disambut oleh ratusan penyokong dan pemimpin tinggi WARISAN.. [Baca berita penuh]

Sementara Bernama melaporkan ahli Parlimen Semporna itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin tempatan dan RM80,000 deposit.

Sebelum itu, Shafie tiba di mahkamah dengan berpakaian biasa kira-kira jam 9.30 pagi disambut laungan 'bebaskan Shafie' daripada penyokongnya yang berkumpul di luar perkarangan mahkamah.

Beliau yang ditahan SPRM pada 19 Oktober lalu dan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Perintah reman itu kemudian dilanjutkan empat hari pada 23 Oktober dan berakhir hari ini.

Lihat Komen
ADS