story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Laporan langsung bajet 2018
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 6:38 AM
Dikemaskini: 5:59 PM

LANGSUNG Tepat jam 3.30 petang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2018 di Parlimen, perancangan kewangan tahunan kesembilan pentadbirannya.

Memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, ramai yang percaya Bajet 2018 akan mempunyai pelbagai pengumuman menarik dan menggembirakan.

Semalam, Najib dilaporkan memberitahu belanjawan yang akan dibentang itu adalah bajet inklusif yang mengambil kira kepentingan rakyat dan semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, selain memperkenalkan lebih banyak program untuk rakyat, termasuk yang belum dilaksanakan, beliau berkata, pembangkang juga akan mendapat bahagian yang saksama daripada bajet tersebut.

Turut tidak terkecuali menunggu "berita baik" adalah penjawat awam memandangkan mereka
sering dianggap sebagai penyokong tegar bagi Umno dan BN.

Ini lebih-lebih lagi dengan “kemunculan semula” bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan memimpin Pakatan Harapan untuk berdepan dengan BN pada PRU.

LAPORAN LANGSUNG

6.18 Speaker menangguhkan persidangan Dewan Rakyat.

6.16pm Najib mencadangkan usul Bajet 2018 dan disokong oleh anggota parlimen BN.

6.15pm Keadaan ditenteramkan Speakar, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sambil bertanya 'ada yang menyokong' bajet berkenaan dan disambut oleh Zahid "Saya menyokong sepenuh-penuhnya'

6.11pm Menyudahi ucapan, Najib memuji timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan sokongan tidak berbelah bagi kepada anggota jemaah parti dan pimpinan parti komponen BN.

Ucapan Najib disambut dengan sorakan anggota parlimen BN, manakala anggota parlimen pembangkang pula melaungkan 'reformasi' berulang kali.

6.10pm Najib berkata meksipun diherdik, BN tidak sedikit pun goyah kerana rakyat bijak menilai. Dengan bermadah, Najib berkata apabila rakyat dan kerajaan bersatu, barulah negara akan perkasa.

6.05pm Najib umum bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara kerajaan menerima bayaran khas sebanyak RM750.

6.00pm Selain RM588 juta bayaran elaun bulanan kepada imam, bilal, guru Kafa & takmir yang diterima sebelum ini, kerajaan umum bayaran one-off RM1,500.

5.59pm RM50 juta diberikan kepada Giat Mara untuk membaik pulih dan  menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.

5.58pm Kerajaan umum bayaran khas one-off kepada ketua kampung dan tok batin sebanyak RM1,500 melibatkan 9,800 orang.

5.57pm Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

5.56pm Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

5.55pm Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun dan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

5.54pm Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seperti pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan.

5.47pm Elaun warga emas dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM350 sebulan untuk memanfaatkan hampir 144,000 orang, dengan peruntukan RM603 juta.

Selain itu elaun Orang kelainan Upaya (OKU) yang bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU dinaikkan sebanyak RM50 sebulan yang akan memanfaatkan lebih RM163,000 orang dengan peruntukan RM100 juta.

5.46pm  Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerja menerusi pembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat selain menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung.

5.44pm RM517 juta disediakan untuk rancangan tebatan banjir di seluruh negara.

5.40pm Kerajaan sediakan geran sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaiktaraf kemudahan 'Smart Manufacturing'.

5.37pm  Kerajaan mencadangkan semua pembekalan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak dikenakan GST berkuatkuasa 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT. GST sifar ke atas bahan bacaan, meliputi semua majalah, komik, jurnal dan terbitan berkala mulai 1 Januari.

5.34pm RM1.4 bilion untuk menaiktaraf dan menyelenggara fasiliti, peralatan dan ambulan, termasuk pembinaan dewan bedah di Hospital Muar, Banting & Balik Pulau. Kerajaan juga akan menaiktaraf perkhidmatan kardiologi & kardiotorasik di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

5.33pm Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50 peratus bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan.

5.29pm Sebagai permulaan kerajaan memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa melalui ejen. Majikan boleh memohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara atas talian dengan bayaran levi dan fi pmprosesan seperti kadar sedia ada.

5.27pm  Mulai 1 Januari 2018, kerajaan memansuhkan beberapa kutipan tol iaitu di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lebuhraya Penyuaraian Timur (EDL) di Johor. 

5.25pm Sebagai permulaan pada 2018, sebanyak 50 kedai akan dijadikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 2.0) dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh 3 tahun.

5.24pm Peruntukkan RM3.9bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

5.23pm Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bagi bajaran pendapatan bercukai antara RM20,000-RM70,000.

Langkah ini juga bermakna lebih 261,000 orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.

5.20pm Seramai 7 juta penerima BR1M akan terus menikmati pemberia dengan peruntukan RM6.8 bilion.

5.17pm Tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari seperti yang dilaksanakan perkhidmatan awam.

5.14pm Sebanyak RM65 juta diperuntukkan untuk pembangunan kampung-kampung baru Cina. RM10 juta lagi diperuntukkan untuk membaik pulih rumah.

5.03pm Hampir RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan.

RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5,000 unit rumah generasi kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB.

4.51pm Diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilanjutkan hingga Disember 2018.

4.46pm RM1 bilion diperuntukkan untuk program sukan. Sebanyak 14 pembinaan kompleks sukan baru akan dibina di seluruh negara.

4.43pm Setiap pelajar di IPT dan tingkatan enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250.

4.39pm Tabungan permulaan RM200 Amanah Anak Malaysia 2050 (ADAM50) akan diberikan pada setiap anak yang lahir dari 1 Januari 2018 hingga 2022.

4.31pm Kerajaan akan kaji pembinaan jambatan hubungkan Labuan dan tanah besar di Sabah.

4.28pm Pulau Pangkor diisytihar sebagai pulau bebas cukai, tak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

4.15pm Najib memuji Wan Azizah berulang kali.

Beliau bagaimanapun merujuk kepada Wan Azizah Wan Salleh, seorang usahawan ternakan ayam, bukan ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Dewan gamat dengan gelak ketawa.

4.14pm Dana TEKUN dapat peruntukan 1/2 bilion ringgit - paling tinggi pernah diperoleh.

4.04pm Bagi tahun 2018, kutipan hasil kerajaan dijangka mencecah RM239.86 bilion.

3.58pm Pendapatan isi rumah B40 meningkat daripada RM2,629 kepada RM3,000 sebulan antara 2014 hingga 2016.

3.55pm Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020 sudah pun mencapai angka 69 peratus.

3.48pm Najib tepis dakwaan pelaburan China untuk "jual negeri".

Katanya, menteri besar Selangor dan ketua menteri Pulau Pinang juga berkunjung ke China untuk tujuan itu.

3.42pm Najib sentuh "orang itu", merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menurutnya menghina orang Bugis sebelum ini.

3.40pm Najib ajak rakyat rayakan imbuhan dan "khabar riang" yang akan dibentang.

3.30pm Najib mula membentangkan belanjawan 2018. Beliau memakai baju Melayu biru. Pembangkang laungkan "reformasi" dan "kleptokrasi" sebelum Najib mulakan ucapan.
 

[Berita penuh menyusul]


 
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini