Duta Besar China ke Malaysia yang bakal meninggalkan negara ini, Huan Huikang memberi jaminan bahawa Beijing tidak berniat untuk menduduki tanah di Malaysia.

Menurut akhbar Sin Chew Daily, Huang berkata sesiapa yang mempunyai hati nurani dan menghormati fakta tidak akan menuduh syarikat China sedang berusaha untuk "merampas" pekerjaan Malaysia dan "menjual" kedaulatan Malaysia.

"Ada yang menimbulkan soalan di parlimen (baru-baru ini) bertanyakan berapa banyak tanah yang dijual oleh Malaysia ke China. Saya bertanggungjawab untuk menjawabnya: Kosong!

"Jika China mahu merampas tanah, mereka akan melakukannya 600 tahun lalu semasa pelayaran Zheng He.

"Menawan (negara lain) bukan sebahagian daripada genetik China. Jika kamu tahu sejarah, kamu tidak akan menuduh China cuba menawan atau merampas tanah orang lain.

"Kami tidak pernah melakukannya, dan tidak akan," katanya.

Huang berkata kerjasama berterusan antara kerajaan China dan Malaysia akan menghasilkan keputusan jangka panjang yang saling menguntungkan.

Bagaimanapun, beliau berkata menjelang pilihan raya umum Malaysia, usaha kerjasama itu disalahartikan untuk tujuan politik.

"Kami jelas dan konsisten: Persahabatan China dan Malaysia dibina atas dasar sama rata dan kebaikan bersama. Kami menyemai benih sekarang dan akan meraih ganjaran pada masa depan,” katanya.

Huang juga memuji sikap kerajaan Malaysia terhadap pendidikan Cina dan menegaskan bahawa kepelbagaian sistem pendidikan Malaysia adalah kelebihan yang unik.

[Baca berita penuh]