Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Duta: Bukan salah China harga durian mahal
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 3:14 PM
Dikemaskini: 7:19 AM

Peningkatan harga durian di Malaysia tidak boleh dikaitkan dengan permintaan daripada China sahaja, kata dutanya ke negara ini Huang Huikang.

Mengakui terdapat kenaikan permintaan dari China untuk raja buah itu, beliau mendesak rakyat Malaysia mempertingkatkan pengeluaran.

Secara peribadi, Huang bagaimanapun berkata beliau tidak minat dengan durian kerana baunya yang kuat dan kandungan kalorinya yang tinggi.

“Saya ada masalah aras gula yang tinggi. Doktor saya kata jika saya suka buah itu pun saya tak boleh makan.

“Tambahan lagi, saya tidak suka durian,” kata Huang, seperti dilaporkan China Press.

Huang berkata demikian kepada beberapa akhbar Cina.

Ramai rakyat Malaysia di semenanjung mengeluh berkaitan harga durian yang mahal untuk musim ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan berjaya membuka pasaran buah itu di China.

Bagaimanapun, terdapat beberapa peniaga memberitahu Malaysiakini bahawa peningkatan mendadak disebabkan kenaikan permintaan dalam negeri dan keadaan cuaca semasa.

Lihat Komen
ADS