Najib: Azmin, Guan Eng jual Selangor dan Pulau Pinang juga?
BAJET 2018 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir mereka yang membidas pelaburan asing yang berjaya didapatkan oleh pentadbirannya, terutamanya dari China.
Sasarannya adalah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Baru-baru ini saya dapat khabar berita katanya Menteri Besar Selangor (Azmin) sendiri pergi ke tanah besar China.
“Kita nak tanya, YB Gombak nak jual Selangor ke?" kata Najib ketika membentangkan Bajet 2018 di Parlimen hari ini.
Baru2 ini, sy dpt khabar berita katanya YAB MB Selangor sendiri berkunjung ke China. Kita nak tanya, YB Gombak nak jual S'gor ke? #Bajet2018
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 27, 2017
Pengkritik Najib sering kali menuduh beliau cuba mengadai negara dengan mengambil pinjaman dan kontraktor dari China.
"Demikianlah kata orang,… Berhati-hatilah kalau mahu meludah ke langit, takut-takut nanti,… ia jatuh setepek,… terpalit ke muka sendiri.
“Itu belum lagi dikira lawatan ke luar negara yg dibuat YAB KetuaMenteri Pulau Pinang (Lim).
Itu belum lg dikira lawatan2 ke luar negara yg dibuat YAB KetuaMenteri Pulau Pinang. Itupun kira mcm mana, nak jual negeri jg ke? #Bajet2018
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 27, 2017
“Itupun kira mcm mana, nak jual negeri juga ke?” soal perdana menteri.
Azmin mengadakan misi perdagangan ke China bulan lalu, manakala Lim juga berbuat demikian pada tahun lalu.
Sebelum itu, Najib menekankan bagaimana Malaysia berjaya meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan negara-negara seperti China, Amerika Syarikat, dan Arab Saudi.
Beliau berkata hasil usaha itu, pelaburan swasta di Malaysia telah melonjak daripada RM81 bilion pada tahun 2009, kepada lebih RM211 bilion pada 2016 sahaja.
"Oleh sebab itu,… seandainya saya dan rakan-rakan anggota kabinet mengadakan lawatan rasmi ke luar negara,… janganlah sewenangwenangnya sesiapa pun menuduh bahawa, kita hendak menggadaikan kedaulatan tanah air. " katanya.
Sementara itu, Azmin dan Lim masing-masing menulis di Twitter bagi menjawab Najib.
Wahai @NajibRazak , saya ke China untuk mencari Jho Low. Hahaha & mdash; Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) 27 Oktober 2017

