Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
4 tol di Selangor, Kedah dan Johor dihapus
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 5:34 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

BAJET 2018 | Masuk tahun baru nanti empat tol lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor akan dihapuskan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Tol yang akan dimansuhkan itu ialah di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di sempadan Shah Alam - Kelang, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lingkaran Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

"Ini ialah berita baik untuk pengguna lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor," kata perdana menteri.

Untuk rekod Pakatan Harapan melalui belanjawan yang disediakan mereka berjanji untuk memansuhkan bayaran tol di semua lebuh raya di negara ini.

Bayaran tol menjadi satu daripada isu yang selalu digunakan pengkritik kerajaan dan sering dipersalahkan sebagai satu daripada punca peningkatan kos hidup di negara ini.

Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga dibina di jajaran lebuh raya yang menghubungkan Pelabuhan Kelang dan Kuala Lumpur

Asalnya ia adalah lebuh raya empat lorong dan dibesarkan menjadi enam lorong yang mula beroperasi secara rasmi pada 11 Mei 1993.

Pengumuman dibuat perdana menteri semasa membentangkan belanjawan hari ini disambut dengan perasaan gembira di kalangan penyokong kerajaan.

Beberapa anggota parlimen kedengaran melaungkan "hidup BN" dan "alhamdulillah" sebagai menyambut kenyataan berkenaan.

Lihat Komen
ADS