BAJET 2018 | Satu lagi khabar gembira disampaikan Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.
Kata perdana menteri kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi unjuran pendapatan bercukai antara RM20,001 hingga 70,000 ringgit.
Menjelaskan lebih lanjut Najib berkata bagi golongan berpendapatan di antara RM20,001 sehingga RM35,000 kadarnya diturunkan kepada 3 peratus berbanding 5 peratus sebelum ini.
Bagi pendapatan bercukai antara RM35,001 sehingga RM50,000 kadarnya diturunkan daripada 10 peratus menjadi kepada 8 peratus.
"Untuk banjaran pendapatan bercukai daripada RM50,001 sehingga RM70,000 kadarnya diturunkan daripada 16 peratus kepada 14 peratus," katanya.
Langkah itu kata perdana menteri akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 sehingga RM1,000.
"Ini bermakna, dianggarkan sejumlah RM1.5 bilion lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanjakan oleh rakyat.
"Dengan langkah ini juga, lebih 261,000 orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan," katanya.
[Berita lanjut menyusul]
