Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Inilah ibu segala bajet, kata Najib
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 6:15 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

BAJET 2018 | Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menyifatkan belanjawan 2018 yang dibentangkannya hari ini sebagai “ibu segala bajet”.

Katanya, belanjawan kali ini mencipta sejarah sebagai sebuah bajet yang paling inklusif pernah dipersembahkan.

“Semuanya, tidak lain dan tidak bukan telah dikarang dan disusun dalam memenuhi tuntutan dhoruriyyat, haajiyat dan tahsiniyat, demi mensejahterakan kehidupan rakyat, sekali gus memakmurkan negara.

“Maka, Tuan Yang Dipertua serta seluruh rakyat Malaysia, pada hemah saya, selaku perdana menteri dan menteri kewangan, inilah belanjawan yang tidak pernah diperucapkan

sedemikiannya, semenjak saya ambil alih tampuk kepimpinan negara ini kerana ia bersifat holistik dan sarat dengan falsafah.

“Dan secara peribadinya boleh ditanda sejarah menjadi ibu segala bajet,” katanya yang juga perdana menteri.

Membentangkan di parlimen hari ini, Najib berkata belanjawan kali ini “terhimpun dan terungkap” pelbagai premis yang menjadi asas kepada sebuah bajet komprehensif.

Katanya, ia “mengambil hitung seawal kepentingan bayi yang masih dalam kandungan sehingga lahir ke dunia ini, sampailah urusan masa hadapan negara”.

Lihat Komen
ADS