Ucapan Belanjawan 2018 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Parlimen semalam menarik pelbagai reaksi pengguna media sosial Twitter.

Rata-rata pengguna Twitter gembira dengan pengumuman  'hadiah' dalam belanjawan itu termasuklah pemansuhan beberapa tol, penambahan cuti bersalin, cukai pendapatan yang lebih rendah dan insentif untuk pelbagai sektor.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang menuduh BN 'meniru' dasar-dasar mereka di Selangor. Tidak kurang juga netizen yang tidak senang dengan serangan terhadap Pakatan Harapan.

Berikut beberapa reaksi dari pengguna Twitter:

Najib says this budget is "inclusive". Gotta agree on that since everybody gets something. Gotta love elections. make it rain!!! =) #bajet2018