Universiti awam lega, peruntukan pulih dalam Bajet 2018
BAJET 2018 | Kebanyakan universiti awam utama di negara ini akan menyaksikan peningkatan peruntukan di bawah Bajet 2018.
Peningkatan peruntukan operasi akan melegakan universiti awam, yang terpaksa bergelut selepas pemotongan peruntukan bagi tahun ini.
Potongan di bawah Bajet 2017 disebabkan oleh kekurangan pendapatan sejak tiga tahun berturut-turut.
Bagaimanapun, Putrajaya telah mengunjurkan negara akan menjana lebih banyak pendapatan daripada yang dijangka tahun ini, pada RM225.3 bilion, berbanding anggaran RM219.7 bilion.
Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, Universiti Malaya (UM) akan menerima perbelanjaan operasi sebanyak RM445.4 juta berbanding RM370 juta tahun ini. Bagaimanapun, jumlah itu masih rendah berbanding RM463.9 juta yang diperuntukkan pada 2016.
Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menerima peruntukan perbelanjaan operasi sebanyak RM524.8 juta tahun depan berbanding RM390.4 juta tahun ini. Ia menerima RM542.1 juta pada 2016.
Bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perbelanjaan operasinya akan diperuntukkan RM472.9 juta di bawah Bajet 2018, meningkat daripada RM352.7 juta.
Begitu juga dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendapat peruntukan perbelanjaan operasi sebanyak RM417.8 million di bawah bajet Budget 2018 berbanding dengan RM308.9 juta pada 2017.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menerima peruntukan perbelanjaan operasi sebanyak RM396.5 juta pada 2018 berbanding RM290.2 juta pada 2017.
Institusi yang akan menerima sebahagian besar peruntukan adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), dengan perbelanjaan operasi sebanyak RM1.670 bilion di bawah Bajet 2018, rendah sedikit daripada RM1,671.5 bilion tahun ini.
Begitu juga dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) juga akan melihat pengurangan kecil dalam perbelanjaan operasinya, dengan peruntukan sebanyak RM400 juta di bawah Bajet 2018, berbanding RM407.2 juta pada tahun ini.

