'Russia-gate': Dakwaan pertama telah difailkan
Seorang juri besar persekutuan pada hari Jumaat meluluskan dakwaan pertama dalam siasatan terhadap campur tangan pihak Rusia dalam pilihan raya presiden AS 2016, kata satu sumber yang mendapt taklimat mengenai perkara itu kepada Reuters.
Tuduhan itu tidak didedahkan atas perintah dari seorang hakim persekutuan, jadi tidak jelas apa tuduhannya atau terhadap siapa, kata sumber itu, sambil menambahkan bahawa dakwaan itu dapat didedahkan seawal hari Isnin.
Pemfailan tuduhan itu oleh juri utama di Washington itu pertama kali dilaporkan pada hari Jumaat oleh CNN, yang mengatakan sasarannya mungkinditahan secepat hari Isnin.
Agensi-agensi perisikan AS membuat kesimpulan pada bulan Januari bahawa Rusia campur tangan dalam pilihan raya itu untuk membantu calon Donald Trump menewaskan calon Demokrat Hillary Clinton melalui kempen penggodaman dan mendedahkan emel dan menyebarkan propaganda melalui media sosial terhadapnya.
Peguam khas Robert Mueller, bekas pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, sedang menyiasat sama ada pegawai kempe Trump terbabit dalam pakatan sulit dengan usaha Rusia itu.
"Jika peguam Khas itu mendapati perlu dan sesuai,dia diberi kuasa untuk membuat pendakwaan jenayah ekoran penyiasatan terhadap perkara itu," kata Timbalan Peguam Negara Rod Rosenstein dalam surat pelantikan Mueller. [Baca berita penuh]
- Reuters

