Sepanyol pecat kerajaan Catalonia
Kerajaan Madrid memecat Presiden Catalonia dan membubarkan Parlimennya pada hari Jumaat, beberapa jam selepas wilayah itu mengisytiharkan kemerdekaannya dalam krisis politik Sepanyol yang paling parah sejak kembali kepada demokrasi empat dekad yang lalu.
Pilihan raya baru akan diadakan di Catalonia pada 21 Disember, kata Perdana Menteri Mariano Rajoy dalam ucapan di televisyen.
Di samping memecat Carles Puigdemont sebagai ketua wilayah autonomi itu, Mariano juga memecat Ketua Polis dan berkata kementerian kerajaan pusat akan mengambil alih pentadbiran di Catalonia.
"Sepanyol sedang melalui satu hari yang sedih," kata Rajoy.
"Kami percaya ia adalah penting untuk mendengar suara rakyat Catalonia, mereka semua, supaya mereka boleh memutuskan tentang masa depan mereka dan tiada siapa yang boleh bertindak di luar undang-undang, bagi pihak mereka"
Ketika beliau berucap, ribuan penyokong kemerdekaan membanjiri Sant Jaume Square di hadapan ibu pejabat wilayah Catalonia di Barcelona di mana kegembiraan mereka agak terjejas oleh tindakan Rajoy itu.
- Reuters

