Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan P Pinang diminta sokong penduduk Sg Ara
Diterbitkan:  Oct 29, 2017 9:40 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

Kerajaan Pulau Pinang digesa mengumumkan secara terbuka sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam rayuan mereka terhadap keputusan meluluskan projek pembangunan di kawasan lereng bukit.

Penasihat bagi penduduk Sungai Ara, Gurdial Singh Nijar, berkata projek yang digelar Sunway Hills itu terletak 250 kaki di atas paras laut dan pada kecerunan 25 darjah, yang melebihi had ditetapkan oleh undang-undang.

Gurdial berkata pada tahun 2012, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meluluskan 'projek khas' kepada pemaju Sunway City bagi membina 600 unit pangsapuri dan banglo di atas tanah bukit.

"Ketua Menteri sebelum ini, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan akan menyokong penduduk di Mahkamah Tinggi," katanya.

"Malangnya ini tidak berlaku di pendengaran itu - yang nampaknya disebabkan oleh salah faham.

"Penduduk yang marah kemudian bertemu dengan ketua menteri dan exco negeri yang bertanggungjawab ke atas perumahan, Jagdeep Singh Deo, pada 9 September dan kedua-duanya memberi jaminan kepada penduduk bahawa kali ini mereka akan memastikan sokongan mereka terhadap rayuan penduduk di Mahkamah Rayuan, "kata Gurdial.

Beliau merujuk kepada Lembaga Rayuan yang mengisytiharkan pada 20 November 2015, bahawa adalah salah untuk meluluskan pembangunan tersebut kerana melanggar Pelan Struktur Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS