Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan beliau mensasarkan golongan kurang upaya dalam tawarannya untuk menaja sebuah kerusi roda atau tongkat kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kami hanya sasarkan Liow, bukan orang lain. Saya tidak ada niat untuk mensasarkan orang kurang upaya," kata beliau dalam sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Lim juga menyebut laporan China Press yang memetik MCA Pulau Pinang yang mahu menghantar sebuah kerusi roda kepada beliau.

"Saya cuma mahu Liow menjawab, bilakah isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan berakhir," tambah Lim.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa majlis makan malam DAP Sabtu lalu berkata banyak pengumuman untuk masyarakat Cina dalam Bajet 2018 tidak akan membawa apa-apa hasil kerana MCA kurang bergerak untuk tindakan lanjut dalam melihat ia dilaksanakan, khususnya dalam soal pengiktirafan sijil UEC.

'Tingkah laku kasar'

Untuk itu, Lim dipetik Shin Chew Daily sebagai berkata jikalau beliau bertemu Liow di koridor parlimen selepas sidang bajet Jumaat lalu, beliau akan menawarkan untuk menaja sebuah kerusi roda atau tongkat bagi membantu beliau bergerak ke akhir pelaksanaan bajet tersebut.

Para pemimpin MCA telah menempelak Lim atas kenyataan tersebut.

Pengerusi biro publisiti MCA Chai Kim Sen menyifatkan tawaran Lim itu sebagai 'tingkah laku kasar' manakala setiausaha agung Pemuda MCA Leong Kim Soon mendakwa Lim secara tidak langsung menghina golongan kurang upaya atas kenyataan beliau itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam ucapan bajet mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada sekolah-sekolah menengah Cina, RM50 juta untuk skim pindaman Kojadi, RM65 juta untuk pembangunan kampung baru Cina dan RM10 juta untuk membaik pulih rumah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS