Pencemaran amonia, MP bidas kerajaan Johor
Ahli Parlimen Kulai, Teo DAP Nie Ching hari ini mempersoalkan sama oleh agensi-agensi kerajaan persekutuan akan mengenakan pemantauan ketat ke atas kerajaan negeri Johor seperti yang dilakukan di Pulau Pinang berhubung pencemaran ammonia di sungai Johor oleh sebuah ladang dan kilang ternakan ayam.
Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Kulai juga bertanya sama ada kerajaan negeri Johor bersedia menjadi "terbuka dan telus" seperti kerajaan negeri Pulau Pinang apabila berdepan dengan kemarahan orang ramai terhadap isu itu.
Teo merujuk laporan New Straits Times tentang gangguan bekalan air yang menjejaskan kira-kira 1.8 juta penduduk di Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi, selepas operasi di tiga loji rawatan air dihentikan kerana tahap ammonia yang tinggi dari sungai Johor.
Menurut laporan itu, ladang ternakan yang beroperasi secara haram, diarahkan berpindah oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Julai tahun lalu setelah diberikan dua notis berhubung pelanggaran penggunaan tanah, tetapi pengendali tidak mengendahkan arahan berkenaan.
Berikutan pencemaran baru-baru ini, kerajaan negeri telah mengarahkan ladang dan kilang yang beroperasi menghasilkan baja itu ditutup.
"Persoalannya, adakah sesiapa akan dipertanggungjawabkan ke atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan bekalan air itu?" soal Teo.
Beliau berkata arahan supaya ladang itu ditutup jauh dari memadai, kerana laporan menyatakan bahawa pemiliknya sebelum ini juga pernah terbabit dalam dua kes pencemaran ammonia, dan tiada tindakan diambil.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Maklumat Johor, Ayub Rahmat berkata, ladang itu tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (DOE).
"Kerajaan negeri Pulau Pinang dikitik kerana meluluskan projek perumahan mampu milik di Tanjung Bungah di sebalik mendapat kelulusan DOE.
“Kerajaan negeri telah menjelaskan bahawa ia adalah kerana mereka menerima kelulusan dari Jabatan Mineral dan Geosains (DMG), agensi yang bertanggungjawab untuk kegiatan perlombongan, serta cerun dan kestabilan tanah, dan DOE tidak mempunyai bantahan terhadap projek Kolej Tunku Abdul Rahman, yang terletak bersebelahan tapak kemalangan.
"Jadi sekarang, adakah kerajaan Johor akan menjadi telus seperti kerajaan negeri Pulau Pinang dan menyediakan alasan mengapa projek itu dibenarkan walaupun tanpa kelulusan DOE?" soalnya.

