Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
200 dikhuatiri maut di runtuhan terowong tapak ujian nuklear Korea Utara

Sejumlah 200 pekerja dikhuatiri terbunuh selepas sebuah terowong yang sedang dalam pembinaan di tapak ujian senjata nuklear Korea Utara runtuh, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik laporan sebuah akhbar Jepun pada Selasa.

Kira-Kira 100 orang terperangkap dalam insiden runtuhan di Punggye-ri manakala 100 lagi dikhuatiri maut ketika cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap apabila berlaku runtuhan kedua, lapor TV Asahi dari Jepun.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut seperti bila insiden itu berlaku. Pakar telah memberi amaran bahawa tapak itu mungkin sudah lesu dan tidak lagi stabil berikutan pelancaran enam ujian nuklear, termasuk yang terkuat bulan lepas, dan satu runtuhan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Pada Isnin, ketua agensi cuaca Korea Selatan iaitu Pentadbiran Meteorologi, Nam Jae-cheol, memaklumkan sidang parlimen bahawa satu lagi ujian nuklear berupaya mencetuskan runtuhan di tapak ujian yang terletak di kawasan pergunungan, serta kebocoran bahan radioaktif.

- Bernama

Lihat Komen
ADS