Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Berapa harga unit 'Brazen Sky' sekarang? K'jaan enggan dedah
Diterbitkan:  Nov 1, 2017 3:50 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

Putrajaya enggan mendedahkan berapa nilai "unit" Brazen Sky sekarang atau menyatakan institusi mana yang bertanggungjawab terhadapnya.

Jawapan bertulis parlimen oleh kementerian kewangan mengenai perkara itu hanya berulang kali menyebut rancangan 1MDB untuk membayar balik hutangnya tetapi tidak menyebut mengenai "unit" Brazen Sky.

Soalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berbunyi: "Saya minta menteri kewangan menyatakan baki nilai terkini ‘unit’ yang dimiliki oleh anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Ltd dan nama institusi bank yang kini menjadi ‘custodian’ kepada pelaburan tersebut.

Tidak jelas jenis perniagaan yang dijalankan oleh Brazen Sky, namun ia menjadi sebahagian besar dari saga 1MDB dan adalah komponen utama penyiasatan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Diasak oleh pengkritik, 1MDB pada tahun 2015 mendedahkan bahawa RM6.1 bilion daripada RM42 bilion yang dipinjam oleh syarikat itu telah disalurkan ke Brazen Sky sebagai "dana pelaburan".

Menurut siaran akhbar oleh 1MDB pada akhir 2015, "unit" Brazen Sky pada asalnya bernilai AS$2.318 bilion pada September 2012 dan ketika itu diuruskan di bawah dana yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS