Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tahan bekas pemimpin MIC minta habuan seks'

Bendahari Agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari hari ini menggesa pihak polis untuk segera menahan seorang bekas pemimpin cawangan parti itu berhubung dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap remaja sebagai balasan untuk bantuan dan pekerjaan.

Vell Paari dalam kenyataan hari ini, juga meminta pihak berkuasa untuk segera memohon perintah reman supaya siasatan boleh dijalankan, memandangkan laporan polis telah dibuat terhadap individu berkenaan.

“Lelaki ini tidak boleh dibiarkan bebas di luar dan mendekati mana-mana remaja perempuan kerana tindakannya, berdasarkan rakaman audio dan video yang saya ada, pada dasarnya adalah seorang pedofil.

Vell Pari juga menggesa pemimpin parti dan anggota parti agar tidak campur tangan dalam kes itu dan biar kes itu dikendalikan oleh polis dan pihak berkuasa.

“Kita tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan isu ini, ia antara keluarga mangsa dan lelaki ini. Kita bukan polis, mahkamah atau peguam negara.

"Apa yang telah dilakukannya adalah merogol dan tiada kompromi. Tindakan lelaki ini mestilah diselesaikan melalui kuasa penuh undang-undang dan MIC harus memfokuskan semua tenaga dan sumber kita untuk membantu mangsa,” katanya.

Vell Pari berkata beliau juga akan membantu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said untuk memastikan mangsa dan keluarga mereka mendapat bantuan perundangan dan sokongan yang diperlukan.

“Keutamaan di sini adalah untuk melindungi mangsa dan keluarga mereka,” katanya.

Semalam, Vell Pari mengeluarkan kenyataan mengesahkan pemimpin cawangan itu yang juga seorang guru, keluar parti susulan dakwaan itu.

Beliau juga mendakwa mempunyai rakaman audio yang mendedahkan percubaan lelaki itu untuk meyakinkan seorang ibu membenarkan anak perempuannya melakukan hubungan seks dengannya sebagai balasan mendapat pekerjaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS