Suspek serangan di New York berdepan tuduhan sokong IS
GLOBAL l Seorang pendatang Uzbekistan yang disyaki membunuh lapan orang di New York City selepas memandu sebuah trak merempuh laluan penunggang basikal dan pejalan kaki di laluan basikal, dididakwa di mahkamah persekutuan pada hari Rabu dengan tuduhan bertindak bagi pihak kumpulan militan IS.
Suspek itu, Sayfullo Saipov, 29, yang dimasukkan ke hospital selepas seorang anggota polis menembak dan menangkapnya, mengaku kepada pihak berkuasa semasa dalam tahanan bahawa dia mula merancang serangan itu setahun yang lalu, demikian menurut tuduhan jenayah yang difailkan terhadapnya.
Menurut kertas tuduhan itu, Saipov bersetuju untuk bercakap dengan penyiasat tanpa kehadiran seorang peguam, dari katil Bellvue Hospital Center di Manhattan.
Saipov dikatakan memberitahu penyiasat bahawa dia telah mendapat ilham dari video IS yang ditonton di telefon bimbitnya, dan memilih hari Halloween untuk melakukan serangan itu kerana dia percaya lebih ramai orang akan berada di jalan, dan pada mulanya dia merancang untuk menyerang Brooklyn Bridge serta laluan basikal.
Menurut kertas tuduhan itu lagi, Saipov meminta kebenaran untuk memasang bendera IS di bilik hospitalnya dan berkata beliau senang dengan apa yang telah dilakukannya.
Sementara itu, Biro Penyiasatan Persekutuan menaikkan di talian poster seorang lagi lelaki Uzbekistan, bernama Mukhammadzoir Kadirov, 32, yang sedang dicari untuk disoal siasat berkaitan dengan serangan di sepanjang Sungai Hudson di Manhattan.
Saipov didakwa dengan tuduhan menyediakan sumber dan bahan sokongan kepada organisasi pengganas asing, yang disebut dalam tuduhan itu sebagai IS serta tuduhan melakukan keganasan dan pemusnahan kenderaan bermotor.
Polis New York City pada awalnya mengatakan bahawa Saipov telah melakukan serangan itu mengikut arahan IS yang ditemui di dalam talian.
Polis juga berkata Saipov telah meninggalkan satu nota yang memuji IS, yang juga dikenali sebagai ISIS.
"Intipati nota adalah IS akan bertahan selama-lamanya," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis New York John Miller dalam satu sidang akhbar.
"Dia nampaknya telah mengikuti secar hampir tepat arahan yang ISIS telah diberikan melalui saluran media sosial kepada pengikutnya. "
Serangan itu adalah yang paling dahsyat di New York City sejak 11 September 2001, di mana penyerang berani mati menerbangkan dua pesawat jet merempuh bangunan World Trade Center, yang membunuh lebih 2,600 orang.
Serangan pada hari Selasa itu mencederakan 12 orang, sebahagiannya parah, di samping mangsa yang terbunuh.
Serangan yang serupa yang menggunakan kenderaan sebagai senjata berlaku di Sepanyol pada bulan Ogos dan di Perancis serta Jerman pada tahun lepas. [Baca berita penuh]
- Reuters

