Rosmah dedah 'langkahnya satu, langkah Najib tiga'
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini mendedahkan pada usia 65 tahun, tidak mudah baginya berjalan bersama Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai langkah besar.
Berucap pada majlis perasmian Program Pendidikan Berterusan Kejurulatihan Sains Sukan, anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan Institut Sukan Negara (ISN), beliau berkata, untuk mendapatkan stamina, beliau kini ke gimnasium untuk bersenam.
“Saya kena berjalan cepat supaya saya boleh berjalan sama dengan dia (Najib).
“Berjalan bersama PM bukan senang, (kerana) dia tinggi, bila dia jalan, langkah dia satu, langkah saya tiga,” katanya sambil disambut gelak ketawa oleh hampir 50 bekas atlit yang mengikuti kursus empat hari bermula hari ini di ISN, Bukit Jalil, di Kuala Lumpur.

Hadir sama pada majlis itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
“Tanyalah Encik Khairy, bila dia berjalan dengan Datuk Najib okay, saya tinggal (di) belakang.
“Datuk (Najib) kata kenapa lambat sangat, saya kata langkah awak besar, langkah saya tak berapa besar. Langkah dia bersama Khairy sama, sama panjang sama besar.
“Dua malam lalu, saya terpaksa berjalan di belakang kamu berdua... kerana kaki saya tidak panjang dan lutut saya sakit. Jadi seperti saya terpaksa belari mengejarnya,” katanya kepada Khairy sambil sekali mencuit hati hadirin.
Rosmah walau bagaimanapun berkata, ini bukan bermasud secara literal atau tersirat bahawa beliau sedang mengejar Najib.
“Jangan kata pula Rosmah run after Najib, itu cerita lain,” katanya.
Rosmah juga berkata berhasrat sebagai seorang isteri menjadi juara untuk suaminya.
“Tapi jugaah dia (Najib) kata pergi exercise, sudah gemuk,” katanya sambil tersenyum dan sekali lagi mengamatkan dewan.

