Whatsapp tergendala di banyak negara
Diterbitkan: Nov 3, 2017 5:25 PM | Dikemas kini: Nov 3, 2017 5:29 PM
Aplikasi popular Whatsapp tergendala selama kira-kira satu jam di kebanyakan negara petang ini.
Aplikasi yang dimiliki Facebook itu tergendala sejak 4 petang, tetapi secara beransur-ansur pulih dalam masa satu jam.
Menurut DownDetector, sebuah laman web yang menyediakan maklumat mengenai perkhidmatan Internet dan mudah alih, Whatsapp tergendala di seluruh Eropah.
Bagaimanapun, pengguna melaporkan beberapa negara terjejas termasuk Malaysia, United Kingdom, Amerika Syarikat, India, Arab Saudi, Filipina dan Jerman.

