Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan Selangor hari ini membentangkan belanjawannya untuk tahun 2018 bertemakan 'Membangun Bangsa, Memakmur Negeri' dengan peruntukan berjumlah RM3.12 bilion dan defisit RM870 juta.

Sejumlah RM1.66 bilion diperuntukkan untuk pembangunan, dan baki RM1.46 bilion untuk pengurusan.

Dalam pembentangannya, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan belanjawan tersebut sebagai komprehensif, dan tidak meminggirkan mana-mana segmen penduduk negeri itu.

Berikut adalah ringkasan dan intipati tawaran kerajaan Selangor pada belanjawan kali ini:

  • Peruntukan lebih rendah berbanding Belanjawan 2017 yang berjumlah RM3.45 bilion.
  • Tetapi peratusan peruntukan naik 1 peratus kepada  RM1.66 bilion, iaitu 53.2 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan. 
  • RM36.7 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf dan mewujudkan jalan raya baru di Gombak.
  • RM 7.1 juta bagi program latihan dan batuan peralatan bagi memberdayakan nelayan, petani, penternak dan pesawah.
  • RM 8.54 juta kepada 8,953 pengusaha sawah.
  • Skim Smart-Sewa bagi membantu rakyat berpendapatan sederhana menyewa dalam tempoh dua hingga lima tahun.
  • Skim Smart Selangor First Home Buyers pada tahun 2016 akan diteruskan untuk membolehkan rakyat memiliki Rumah Selangorku jenis B dan C. Tawaran berkuatkuasa bermula Januari 2018 dengan peruntukan RM15 juta.
  • Program SMART LIFE dengan peruntukan RM12 juta untuk membiayai penyelenggaraan lif usang dan sering mengalami kerosakan sehingga menimbulkan kesusahan bagi penduduk di pangsapuri.
  • Skim CERIA iaitu bantuan baik pulih kerosakan harta bersama pangsapuri kos rendah dan sederhana melalui perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk. Penduduk kos rendah perlu menanggung 20 peratus dan penduduk pangsapuri kos sederhana pula 40 peratus.
  • Pembinaan 136 unit rumah berkembar setingkat dengan keluasan 850 kaki persegi di atas tapak seluas 17 ekar berhampiran Felda Sungai Tengi Selatan untuk generasi kedua FELDA.
  • Peruntukan one-off sebanyak RM 180 kepada semua pemegang Kad Peduli Sihat untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumokokal.
  • RM1 juta untuk program pertubuhan bagi menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk membantu pasangan muda, keluarga dan individu yang menghadapi tekanan emosi dan kemurungan.
  • Skim Insurans Pesawah secara percuma kepada 10,000 pesawah.
  • RM2 juta untuk Program Smart Tahfiz Unisel bertujuan melengkapkan pelajar tahfiz dengan peperiksaan SPM.
  • RM 2.5 juta bagi program Youth Enhancement Strategic Selangor (YES), merangkumi belia lepasan SPM, pelajar Unisel yang berminat untuk menyertai program Internship for High Impact Talent (i-HIT) dan #SMART Technical Workforce.
  • Pelupusan tunggakan sewa projek perumahan rakyat (PPR) yang ditanggung penyewa sejak tahun 2011 dengan peruntukkan RM8.7 juta.
  • RM94.65 juta bagi bantuan khas kewangan tiga bulan gaji kepada penjawat awam negeri, guru KAFA dan pemimpin masyarakat, seperti ketua kampung tradisi, ketua kampung baru Cina dan pemimpin komuniti India.
Lihat Komen
ADS