Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'HARAPAN pulaukan amanat integriti KM Sarawak'
Diterbitkan:  Nov 3, 2017 6:45 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Kegagalan pemimpin Pakatan Harapan Sarawak menyertai program “amanat integriti” bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Abang Openg didakwa menunjukkan penolakan terhadap usaha mendukung integriti dalam politik dan pentadbiran.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata tindakan itu menggambarkan politik tidak matang gabungan pembangkang yang diketuai Chong Chieng Jen, lapor Utusan Borneo.

“Kesimpulan saya susulan reaksi Chong terhadap majlis ini ialah HARAPAN Sarawak menolak kerjasama dan enggan bersama-sama mendukung keinginan memartabatkan integriti dalam aktiviti-aktiviti politik dan pentadbiran,” katanya sebagai reaksi terhadap kenyataan Chong semalam.

Abdullah yang juga menteri muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) mendakwa Chong mempolitikkan majlis yang mengajak ahli politik menyemai integriti.

“Majlis hari ini (semalam) secara amnya satu program yang mana ketua menteri mahu menyampaikan keprihatinan dan komitmen serius dalam mengukuhkan integriti dan tadbir urus yang baik dalam pentadbiran negeri diterajuinya.

“Tidak ada berkisar tentang politik,” beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, tambahnya, ahli politik daripada PAS hadir dalam acara itu di samping wakil agensi kerajaan.

Lihat Komen
ADS