Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penyokong janji beri sokongan padu, elak kekecohan
Diterbitkan:  Nov 4, 2017 6:01 AM
Dikemaskini: Nov 4, 2017 12:50 AM

Menjelang aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 antara Kedah dan Johor Darul Ta’azim (JDT), penyokong kedua-dua pasukan berikrar untuk memberi sepenuh sokongan serta berjanji tidak akan mencetuskan sebarang kekecohan pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, hari ini,

Wakil Kelab Penyokong Kedah, Mohd Noor Mohd Amin berkata sebagai penyokong tegar pasukan Kedah, beliau berharap seluruh peminat bola sepak yang memenuhi Stadium Shah Alam akan menunjukkan semangat perpaduan yang tinggi sebagai rakyat Malaysia.

“Kita harus buktikan yang kita ini adalah penyokong yang berdisiplin dan memberikan sokongan yang padu kepada kepada pasukan yang disokong.

“Andainya pasukan yang kita sokong itu juara, ucapkan tahniah dan andainya tewas, kita ucapkan juga syabas kerana bukan senang untuk sampai ke tahap ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Berkongsi pandangan yang sama, Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT Lembah Klang, Mohd Salleh Ahmad yang berpendapat penyokong yang hadir di stadium itu adalah penyeri kepada sesebuah perlawanan dan sebagai penyeri, mereka haruslah mempamerkan kelakuan yang baik.

“Kami sebagai penyokong pasukan JDT telah dididik untuk sentiasa menunjukkan disiplin yang tinggi semasa menyaksikan perlawanan di stadium.

“Kami juga selalu melakukan perjumpaan sesama penyokong JDT untuk saling mengingati antara satu dengan yang lain supaya menjaga tingkah laku yang baik semasa menonton perlawanan,” katanya.

Perlawanan hari ini ibarat perlawanan ulangan Piala Sumbangsih di Stadium Larkin pada 20 Januari lepas apabila pasukan JDT di bawah bimbingan Ulisses Morais tewas 4-5 kepada Kedah dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa penuh perlawanan.

Kedah pastinya ingin mengekalkan trofi yang dimenangi pada edisi lalu manakala JDT pula bertekad untuk menamatkan penantian selama 26 tahun yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1991.

- Bernama

Lihat Komen
ADS