Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menuntut agar kerajaan memperuntukkan satu kerusi senator di Dewan Negara daripada wakil pengguna.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Maamor Osman berkata, ia merupakan salah satu daripada tujuh cadangan yang digariskan dalam Resolusi Forum Pengguna ke-7, persatuan itu.

"PPIM menggesa agar kerajaan mewujudkan satu kerusi Senator bagi menjadi wakil kepada suara pengguna di Parlimen bagi memudahkan kerajaan menilai sendiri kemampuan para pengguna di negara ini," katanya dalam sidang media selepas berlangsungnya Forum Pengguna ke-7 dengan tema 'Gerakan Kuasa Pengguna' di Kuala Lumpur hari ini.

Pada resolusi itu, PPIM menyatakan pendirian bahawa persatuan itu adalah sahabat kerana kerajaan.

Ujarnya, biarpun PPIM selalu berbeza pendapat dengan kerajaan namun ia tidak bermaksud persatuan itu perlu tunduk kepada ancaman dalam memperjuangkan hak dan kepentingan pengguna.

"Pihak kerajaan digesa agar lebih terbuka dalam mendengar suara dan aduan rakyat, serta memahami segala isu yang berkait rapat dengan rakyat.

"Perlu melatih para pegawai supaya sentiasa berkhidmat dan sedia mendengar serta membantu rakyat bagi memudahkan urusan bukan menunjukkan kuasa hingga dilihat seolah menghukum," katanya lagi.

Antara lain, PPIM turut menggesa agar kes aduan rakyat yang menjejaskan kehidupan seharian mereka segera dicari kaedah penyelesaian oleh jabatan-jabatan dan agensi berkaitan.

 

Lihat Komen
ADS