Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jomo: PM menangi hati India dengan salur wang melalui proksi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenangi hati masyarakat India dengan menyalurkan wang kepada mereka melalui proksi, kata ahli ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

"Perdana menteri, melalui proksi, ramai yang bukan benar-benar dari MIC, telah mewujudkan yayasan-yayasan kecil di mana wang pergi ke bawah (kepada masyarakat India).

"Dia (Najib) telah melakukan perkara-perkara tertentu, yang telah memberikan kesan kepada sentimen orang ramai, jadi saya fikir ada beberapa sentimen yang sangat menguntungkan BN.

"Secara tepatnya berapa banyak adalah sukar diberitahu," kata Jomo.

Beliau bercakap pada forum bertajuk "Membayangkan Masa Depan: Malaysia Mendepani PRU14" di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Anggota panel lain termasuk bekas timbalan gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop, bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Sheriff Kassim, Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad dan Anggota Parlimen DAP, Charles Santiago.

Charles bersependapat dengan Jomo bahawa kerajaan menyalurkan banyak peruntukan kepada masyarakat India.

Malah katanya Najib mensasarkan kaum berkenaan terutama di Selangor kerana mahu memenangi semula negeri itu.

Jadi katanya, HARAPAN perlu berhati-hati di Selangor bagi meraih sokongan kaum India.

Jomo terlebih dahulu memberi amaran bahawa kaum Cina juga boleh menjadi kurang penentangannya terhadap BN dan juga berputus asa terhadap apa yang boleh ditawarkan HARAPAN kepada mereka.

Charles mengakui amaran itu dan mengatakan bahawa tiada jaminan bahawa orang Cina akan menyokong sepenuhnya HARAPAN dalam Pilihan Raya Umum akan datang (PRU14).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS