Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menekankan kepada perwakilan MCA kepentingan untuk menerangkan kepada masyarakat Cina mengenai parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Beritahu komuniti Cina, DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan, realitinya pada PRU lepas mereka menang pun tidak boleh tubuh kerajaan.

“Mereka tidak boleh buat yang terbaik dari PRU lepas, tak boleh, termasuk jika mereka buat dengan baik pun mereka tetap tak boleh tadbir kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung MCA di ibu pejabat parti itu hari ini.

Sebaliknya, Najib berkata MCA hanya mempunyai tujuh kerusi parlimen dan masyarakat Cina boleh diwakili lebih baik dalam kerajaan jika MCA memenangi lebih banyak kerusi.

Najib berkata, beliau tetap memperuntukkan tiga jawatan Kabinet kepada MCA, walaupun parti itu hanya menyumbang 7 kerusi Parlimen pada PRU13.

“Sebab itulah kalau masyarakat Cina nak lebih lagi, tolong sokong BN lebih. Sekarang MCA ada tujuh ahli Parlimen sahaja, kalau 15 ahli Parlimen lebih kuat.

“Dalam kerajaan kita tanya pada suara kaum Cina, apa mereka mahu, wakil Cina yang kuat atau lemah? Pilihan di tangan anda. Beritahu komuniti Cina, DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan,” katanya

Pada PRU lalu DAP menang 38 daripada 51 kerusi parlimen yang dipertandingkan. DAP juga memenangi 95 daripada 103 kerusi DUN, menjadikan ia parti kedua terbesar selepas Umno.

'BN berikan payung kestabilan'

Najib turut berkata masyarakat Cina tidak boleh mempunyai senarai permintaan namun enggan menyokong kerajaan.

“Kamu tidak boleh mempunyai segala-galanya dengan cara kamu mahu sekolah, ini dan itu, tetapi kamu tidak mahu memberikan undi.

"Kemudian kamu mengadu bahawa kami (kerajaan hanya) beri kepada orang Melayu, kepada yang lain, yang lain menyokong kami. Umno menerima calon terbesar dan penambahan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi.

"Saya tidak boleh abaikan mereka. Kemudian orang Umno mengadu bahawa Umno menang tetapi Perdana Menteri abaikan mereka," katanya.

Selain itu Najib berkata, perniagaan dan kemewahan hidup dinikmati kaum Cina kesan “payung” kerajaan BN yang mentadbir negara ini sejak 60 tahun lalu.

“Beritahu komuniti Cina, benar memang kamu bijak buat duit, kamu bijak dalam semua hal, tapi jangan lupa kalau tiada kestabilan politik dan keamanan, kamu ingat boleh buat duit?

“Kamu rasa kamu bijak, benar…tapi kamu memerlukan payung kestabilan, BN yang memberikan payung kestabilan itu.”

Katanya, peluang yang diberikan kerajaan pimpinannya membolehkan komuniti Cina di negara ini berjaya dalam perniagaan mereka.

“Kerana apa? Kerana kerajaan BN kami berikan peluang…projek MRT segalanya siapa dapat? Kamu dapat bahagian yang adil. Melayu pun tidak dapat semua. Kita kena berkongsi bersama-sama,” katanya.

Lihat Komen
ADS