Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipanggil semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pagi tadi.

"Beliau perlu mengesahkan beberapa dokumen," kata seorang pembantu Shafie kepada Malaysiakini yang enggan mendedahkan namanya.

Pembantu itu berkata, Shafie pada mulanya diminta hadir ke pejabat SPRM Khamis lalu, tetapi ditangguh ke jam 9 pagi hari ini.

Namun beliau tidak merasakan Shafie akan ditahan sekali lagi, kerana akan terbang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu ditahan pada 19 Oktober lalu dalam siasatan SPRM di Sabah berhubung kes dana pembangunan luar bandar untuk negeri itu yang didakwa diselewengkan antara tahun 2009 hingga 2015.

Shafie memegang portfolio itu sepanjang tempoh tersebut.

Selain sejumlah pemimpin WARISAN, beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Yusof Apdal juga ditahan.

Shafie dibebaskan pukul 1 tengah hari tadi.

Shafie dikatakan akan membangkitkan tentang siasatan SPRM di Dewan Rakyat, selepas kekal berdiam diri selepas ditahan reman enam hari.

"Kami menunggu (Dewan Rakyat) untuk memperuntukkan slot kepadanya untuk membahaskan Bajet 2018. Mungkin petang esok," kata pembantu itu lagi.

Esok merupakan hari terakhir bagi perbahasan bajet. Bermula Rabu, setiap kementerian akan menjawab isu yang dibangktikan anggota parlimen sepanjang perbahasan.

 

Lihat Komen
ADS