Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PKR cabar Husni ulang 'dia terlibat dengan anak buah saya'

Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicabar mengulangi tuduhan yang dilemparnya terhadap tokoh pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata Husni mesti berbuat demikian memandangkan Anwar tidak dapat membela dirinya di Dewan Rakyat ketika tuduhan itu dibuat Rabu lalu.

Menurut Hansard, Husni ketika itu sedang membidas beberapa pemimpin pembangkang selepas memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, Malaysia akan mencapai tahap rasuah sifar apabila Datuk Seri Najib Razak berundur suatu hari nanti.

Pada satu ketika, Husni menuduh Anwar sebagai seorang peliwat dan berkata: “Liwat, dia terlibat dengan anak buah saya.”

“Kami menanggis. Saya ke Jordan, saya baca kitab. Kalau orang libat dengan liwat, dilaknati Allah dan seluruh penduduk akan merana seperti di Sodom, di Jordan,” kata Husni menurut Hansard.

Husni tidak menerangkan apa yang dimaksudkannya dengan "anak buah" yang mungkin membawa erti "orang bawahan" atau “anak saudara” dalam Bahasa Melayu.

Setelah diasak oleh ahli parlimen pembangkang yang menuntutnya menarik balik kenyataannya, beliau menyebut satu nama.

“Kes XXX (nama tidak disiarkan), semua orang di UKM tahu," kata Husni, menurut Hansard.

Johari berkata pembangkang akan membuat laporan qazaf terhadap Husni jika beliau tidak dapat membuktikan dakwaannya itu.

Lihat Komen
ADS