Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Hanya separuh RM2.6b projek tebatan banjir di Pulau Pinang dibelanjakan'
Diterbitkan:  Nov 6, 2017 3:39 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

Kerajaan hari ini mengakui hanya RM1.04 bilion, atau separuh daripada RM2.57 bilion yang dijanjikan sebelum ini, telah dibelanjakan untuk projek rancangan tebatan banjir di Pulau Pinang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata demikian, dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 30 Oktober.

“Kerajaan persekutuan setakat ini telah meluluskan kos projek sebanyak RM2.57 bilion bagi pelaksanaan projek-projek pencegahan banjir di negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa projek sejak Rancangan Malaysia ke-5 sehingga Rancangan Malaysia ke-11 yang merangkumi projek-projek baru dan juga projek-projek sambungan.

“Sebagai contoh, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Junjung telah diluluskan kos projek sebanyak RM135 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-8 dan projek ini disambung pelaksanaannya sehingga Rancangan Malaysia ke-10," kata menteri itu.

"Walaupun kos projek keseluruhan yang telah diluluskan berjumlah RM2.57 bilion, ini tidak bermakna keseluruhan peruntukan tersebut telah dan perlu dibelanjakan untuk kerja-kerja pembangunan,” kata Wan Junaidi ketika menjawap Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Lim menyoal mengapa hanya kira-kira RM443 juta dibelanjakan untuk projek rancangan tebatan banjir di Pulau Pinang sepanjang Rancangan Malaysia ke-9 hingga ke-11.

"Apakah yang terjadi kepada baki RM2,157 juta yang dijanjikan dan bilakah ia akan dikembalikan kepada rakyat Pulau Pinang agar projek tebatan banjir yang dijanjikan boleh dilaksanakan?" soal ketua menteri itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS