Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perobohan patung Jesus dihentikan sementara di Melaka
Diterbitkan:  Nov 6, 2017 4:15 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron telah campur tangan dalam perobohan replika patung 'Christ the Redeemer' di kawasan penempatan Portugis.

Bagaimanapun perintah ini cuma sementara, kata ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Joseph Sta Maria, lapor The Star.

"Kami perlu berterima kasih kepada ketua menteri kerana tidak mengeluarkan arahan bagi struktur itu dirobohkan (serta-merta). Waktu berjalan pantas dan kami tidak ada saluran lain lagi," kata Sta Maria.

Kata beliau pembinaan patung itu dibuat tanpa kelulusan yang wajar.

"Saya mengakui ia sebahagian daripada salah kami juga untuk tidak mendapatkan kebenaran sebelum meneruskan pembinaan di penempatan ini," kata Sta Maria.

MBMB telah mengeluarkan perintah agar patung itu dirobohkan hari ini.

Menurut Sta Maria, pemimpin masyarakat Portugis telah membina patung itu berasaskan patung ikonik 'Christ the Redeemer' di Rio de Janeiro, bagi sambutan Krismas tahun ini.

Para pemimpin masyarakat tersebut mahukan patung tersebut bagi menampilkan identiti penempatan itu yang telah memeluk agama Katholik selama 500 tahun.

Kata beliau lagi, sebuah pelan telah dihantar kepada MBMB pada September lalu dan masih belum diluluskan lagi.

Lihat Komen
ADS