Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan P Pinang beri amaran jangan tular berita palsu banjir

Exco Kerajaan Tempatan Pulau Pinang mengenai tebatan banjir Chow Kon Yeow telah menafikan Sungai Muda di daerah Seberang Prai Utara telah melimpahi tebingnya pagi tadi.

Beliau merujuk sebuah laporan media tempatan bahawa paras air sungai meningkat ke 5.2m, lebih satu meter dari paras maksima biasa 3.96m.

Chow berkata kekurangan maklumat yang dikemaskini membenarkan 'fake news' menjadi tular di aplikasi Watsapp dan media sosial.

"Tolong jangan tularkan maklumat palsu berkenaan banjir tetapi untuk menangani masalah seperti ini kita perlu mendapat maklumat tepat dari pihak berkuasa yang relevan," tambah Chow di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Chow berkata demikian sebagai memberi maklum balas kepada 19 orang ADUN yang menyuarakan pandangan mereka mengenai krisis banjir di Pulau Pinang pada 4 dan 5 November 2017 lalu yang meragut tujuh nyawa itu.

Kesembilan belas orang ADUN itu memberikan pandangan mereka selepas Chow membentangkan usul tergempar berkenaan banjir di sidang DUN hari ini.

Usul beliau disokong ADUN HARAPAN dan BN yang bersyukur kerana ahli politik dan orang ramai mengenepikan perbezaan politik mereka bagi mencari penyelesaian terbaik bagi menangani bencana di Pulau Pinang.

Kata beliau kebanyakan ADUN menyentuh soal keperluan amaran cuaca dan kecemasan yang awal jadi mereka boleh bersedia menghadapi banjir kilat yang melanda.

Chow berkata suatu sistem maklumat yang sepatutnya diperlukan bagi memberitahu orang ramai maklumat yang dikemaskini berkenaan banjir dan misi menyelamat.

"Kita harap dapat memiliki radio kami sendiri untuk pemberitahuan maklumat terbaru," kata beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS