Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Durian produk paling popular di Alibaba

PARLIMEN | Durian dan produk berasaskannya kini menjadi antara carian tertinggi di laman e-dagang Alibaba.com, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

"Kalau dilihat pada carian tertinggi dalam Alibaba.com, segala perkara tentang durian adalah antara yang tertinggi di kalangan pengguna China," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang melihat kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memudahkan eksport durian dan produk lain berasaskan buah itu.

"Tak lama lagi kita akan tahu bagaimana untuk eksport durian dengan lebih mudah," katanya yang juga anggota parlimen Pontian.

Beliau berkata, kerajaan kini berusaha untuk membolehkan durian Musang King menembusi pasaran China dalam bentuk buah, misalnya menerusi dua program yang berlangsung di China pada 3 hingga 5 November lalu.

Ketika ini, hanya durian yang sudah dikupas dan produk seperti biskut dan kuih durian yang boleh dieksport ke negara itu, katanya lagi.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS