Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP: Berikan MAS hak eksklusif di KLIA, bukan 'bailout'

PARLIMEN | Sepatutnya kerajaan tidak memberikan dana menyelamat (bailout) sebanyak RM6 Bilion kepada syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) bagi menjalankan langkah menstruktur semula, sebaliknya anggota parlimen BN mencadangkan kerajaan memberikan syarikat penerbangan nasional itu hak ekslusif untuk beroperasi di lapangan terbang KLIA1 dan KLIA2.

"Tidakkah polisi ini rugikan kepada MAS, kita bailout RM6 billion.

"Why not give oppurtunity to MAB to operate exclusively so when keadaan kewangan sudah mantap, boleh bagi?" Tanya Datuk Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing).

Beliau berkata negara-negara lain mengutamakan syarikat penerbangan nasional mereka dengan memberikan hak eksklusif di beberapa terminal, termasuklah di United Kingdom dan Singapura.

"Jadi adakah pendekatan Malindo Air, yang dikatakan memberi full service, merupakan satu ancaman kepada MAB sebab saya dapat tahu dia curi 3 juta pelanggan yang sepatutnya naik MAB, tapi dicuri Malindo?" Tanya beliau ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam jawapannya, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menolak cadangan rakan anggota parlimen BN itu, memetik keperluan kerajaan untuk melibatkan syarikat penerbangan lainnya dalam membuat perancangan bagi menjadikan KLIA menjadi pusat pengangkutan udara serantau..

"Kita ada 50 syarikat penerbangan antara bangsa yang guna KLIA sebagai pusat operasi.

"Kerajaan juga mahu membuatkan KLIA sebagai hab pusat transit. Kita hendakkan sustainability (di KLIA). Maknanya syarikat-syarikat ini juga membawa lambang Malaysia.

"Kita ada 3 iaitu MAS, Malindo dan Air Asia yang terkenal di persada antarabangsa," tambah beliau.

Menurut Aziz, ketika MAS mengurangkan skala operasi, yang termasuklah menghentikan beberapa laluan penerbangan dan menamatkan kerjasama dengan syarikat antara bangsa lain, ia memerlukan syarikat-syarikat lain untuk memenuhi lompong yang ditinggalkan syarikan penerbangan nasional itu.

"Jadi untuk selamatkan situasi pada waktu itu, Malindo setuju isi vakum itu," maklum beliau.

Malindo Air yang dikelaskan sebagai syarikat penerbangan berperkhidmatan penuh mula beroperasi di KLIA pada 2 Mei 2014 dan kemudian berpindah ke KLIA.

Lihat Komen
ADS