Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lawatan Trump ke DMZ Korea dibatal kerana kabus
Diterbitkan:  Nov 8, 2017 9:45 AM
Dikemaskini: 2:06 AM

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tidak jadi melawat zon demiliterisasi (DMZ) di antara Korea Utara dan Korea Selatan akibat cuaca buruk pada hari Rabu, hari terakhir kunjungannya ke Selatan, kata seorang jurucakap.

Trump dijadual melawat DMZ dengan diiringi Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, kata jurucakap Sarah Sanders kepada pemberita.

Presiden AS itu membuat dua percubaan untuk sampai ke DMZ tetapi terpaksa membatalkan perjalanan itu kerana kabus, katanya.

Terdahulu, Trump memberi amaran kepada Korea Utara bahawa dia bersedia untuk menggunakan pelbagai kekuatan tentera AS untuk berdepan dengan sebarang serangan, namun masih menggesa Pyongyang berusaha menamatkan kebuntuan berhubung senjata nuklear.

Bercakap di depan pintu masuk ke Korea Utara semasa lawatan ke Seoul, Trump berharap tidak sampai perlu menggunakan kekuatan tentera AS sepenuhnya, dan dia bersedia melakukan apa sahaja untuk mencegah "diktator Korea Utara " daripada mengancam jutaan nyawa.

"Kita tidak boleh membenarkan Korea Utara mengancam semua yang kita telah bina," kata Trump selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, yang turut menyokong usaha diplomatik dengan Pyongyang.

Trump juga menggesa Korea Utara untuk "melakukan perkara yang betul" dan menambah bahawa: "Saya melihat ada usaha," tetapi dia enggan mengulas lanjut.

"Sangat masuk akal bagi Korea Utara untuk ke meja rundingan," kata Trump kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama Moon.

Namun, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menjelaskan bahawa dia kurang berminat dengan perundingan, sekurang-kurangnya sehingga dia berjaya membangunkan peluru berpandu nuklear yang mampu sampai ke tanah besar AS. [Baca berita penuh]


- Reuters

Lihat Komen
ADS