Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Patriot beri amaran pada penghasut
Diterbitkan:  Nov 8, 2017 12:00 PM
Dikemaskini: 4:11 AM

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak melakukan hasutan sehingga menggangu keharmonian dan menimbulkan kebencian kaum di negara ini.

Presiden Patriot, Mohd Arshad Raji, berkata anggotanya yang terdiri daripada bekas pegawai polis dan tentera akan memantau dengan teliti kenyataan-kenyataan dibuat semua pihak.

Amaran itu diberikan kepada ahli politik, penulis blog dan tentera siber.

"Jangan hasut kebencian dan menimbulkan ketidakharmonian kaum. Dan untuk ini, kami tidak akan merayu, kami akan memerhati," tegasnya.

Arshad berkata menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, suhu politik menjadi semakin panas dengan ucapan-ucapan ahli politik yang keterlaluan. 

"Para ahli politik dari kedua belah pihak menggelar antara satu sama lain, tidak sopan, menggunakan bahasa kasar dan biadap antara satu sama lain.

"Retorik yang tinggi tetapi kosong," katanya yang menambahkan sikap yang ditunjukkan mereka seperti kebudak-budakan.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat seperti orang yang tidak berpendidikan bukan sahaja "mencerminkan tahap diri yang rendah, tetapi juga menghina rakyat Malaysia."

Lihat Komen
ADS