Terjemahan Prof P Ramasamy, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditamatkan kontrak perkhidmatannya baru-baru ini, mengumumkan keputusannya untuk menyertai DAP dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti pembangkang itu di Petaling Jaya hari ini.

"Pembabitan saya dalam DAP bukanlah baru. Saya telah menyertai aktiviti-aktivitinya seperti dalam sidang akhbar, flrum dan dalam beberapa isu lain. Cuma kini saya secara rasmi menyertai parti itu," katanya dalam satu wawancara semalam.

Pensyarah sains politik itu yang berkhidmat dengan UKM lebih dua dekat, telah ditamatkan kontrak perkhidmatannya berkuatkuasa 27 Ogos lalu tanpa diberi sebarang alasan. Beliau bersara pada 10 Mei lalu dan ditawarkan menyambung perkhidmatannya secara kontrak bulanan, selama dua tahun, sehingga 9 Mei 2007.

Pada masa itu, para pemimpin DAP berusaha mendapatkan campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kes pemecatan Prof Ramasamy itu.

Mengenai sebab beliau memutuskan untuk menyertai DAP, Prof Ramasamy berkata, beliau mahu memainkan peranan lebih aktif dalam politik dan beliau lebih cenderung kepada politik pembangkang.

"Parti ini mungkin bukan parti yang terbaik. Tetapi saya yakin, saya dapat memberi sumbangan dan berusaha membanteras polarisasi kaum dan agama, demi faedah keseluruhan rakyat Malaysia.

"Saya memerlukan satu rangkakerja politik dan saya percaya DAP paling sesuai. Saya akan memperjuangkan isu-isu mengenai rasuah dan salahguna kuasa," katanya.

Tiada kaitan

Bagaimanapun, katanya, persepsi awam mengenai pembangkang mungkin menjadi dirinya sasaran kepada reaksi negatif.

"Ia tidak akan mudah, tetapi saya akan menerimanya sebagai sebahagian daripada perjuangan saya. Tidak terlintas langsung untuk menyertai parti dalam Barisan Nasional," katanya.

Beliau juga menafikan keputusannya menyertai parti pembangkang itu kerana tindakan UKM menamatkan kontrak perkhidmatannya di universiti tersebut.

"Tidak, ia tidak ada kena mengenai dengan keputusan saya menyertai DAP. Walaupun jika ia (kontrak) itu diteruskan, saya masih akan menyertai parti ini," katanya, sambil menambah, beliau tidak mengharap sebarang jawatan tertentu dalam parti itu.

"Semuanya terpulang kepada parti itu untuk memutuskannya. Ia menyertai parti ini tanpa mengharapkan apa-apa jawatan. Saya hanya mahu menyertai parti untuk turut memberi sumbangan," katanya.

Prof Ramasy berkata, keluarganya menyokong keputusannya itu kerana 'mereka percaya saya akan berjuang untuk keadilan."