Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Usul tergempar bahas isu banjir di parlimen petang ini

Bencana banjir yang teruk melanda Pulau Pinang dan sebahagian negeri Kedah akan dibahaskan di persidangan kamar khas di Dewan Rakyat petang ini.

Ini berikutan usul tergempar yang dibawa oleh Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) hari ini diterima oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar berkata perkara itu adalah selaras dengan tiga syarat iaitu melibatkan perkara khusus, mendesak dan kepentingan umum - dan dengan itu dibenarkan dibahaskan di dalam dewan.

Perbahasan akan berlangsung di kamar khas pada pukul 2.30 petang.

Dalam ucapannya, Ng berkata perkara itu perlu dibincangkan untuk mewujudkan kaedah yang lebih berkesan dalam menangani bencana itu.

"Kerjasama yang erat perlu dibentuk antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk menghadapi sebarang bencana dengan cara yang berkesan," kata Ng.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS