DAP Pulau Pinang berjaya mengutip derma lebih RM5 juta untuk membantu mangsa banjir di negeri itu.

Sejak kutipan bermula 5 November lalu, jumlah keseluruhan kini sebanyak RM5,132,320.87, hanya dalam tempoh 64 jam selepas tabung itu dibentuk.

“Kami panjatkan kesyukuran dari hati hati kecil kami atas sifat pemurah penderma yang tidak hanya memberikan wang, tetapi juga makanan dan barang-barang lain kepada mangsa,” kata wakil rakyat parti itu Zairil Khir Johari.

Pulau Pinang dilanda banjir besar pada 4 November lalu yang mengorbankan tujuh nyawa dan menjejaskan 5,000 orang di 80 peratus kawasannya.

Zairil juga mengumumkan kempen kutipan derma itu akan diteruskan sehingga 15 November depan.

[Baca berita asal]