Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak saman pemula Anwar ketepi sabitan liwat

Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman pemula oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan terhadap kes liwat II berikutan tuduhan RM9.5 juta yang dibayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Azizah Nawawi dalam kamar. Beliau juga mengarahkan bekas pemimpin pembangkang membayar kos RM10,000 kepada kerajaan.

Azizah berkata sebagai orang tertuduh, Anwar berhak secara perlembagaan untuk mendapatkan perbicaraan adil di semua peringkat proses kehakiman dan ini termasuk didakwa oleh pendakwaraya bebas yang tidak dipengaruhi oleh pihak ketiga melalui dorongan kewangan.

Oleh itu, beliau berkata aduan Anwar mengenai isu perbicaraan yang adil adalah berdasarkan dakwaan bahawa pendakwa (Shafee) dibayar RM9.5 juta oleh perdana menteri.

"Isu penting di sini adalah bahawa Anwar membuat dakwaan mengenai pembayaran berkenaan. Beliau merujuk kepada dua pembayaran pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014. Tetapi tiada apa-apa untuk menyokong dakwaan ini dalam afidavitnya.

"Dalam afidavitnya, Anwar hanya mengatakan maklumat itu berada dalam domain awam," katanya, sambil menambah Anwar juga memfailkan permohonan penzahiran agar Najib dan Shafee mengemukan penyata akaun mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS