Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Banjir: Dengan doa, Kelantan bersedia
Diterbitkan:  Nov 8, 2017 3:47 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

Kerajaan Kelantan sudah bersedia untuk berdepan kemungkinan banjir di negeri itu, selepas kejadian yang melanda utara semenanjung Malaysia.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya sudah bersiap sedia dengan segala aset.

Malah, kekuatan anggota keselamatan telah ditempatkan di barisan hadapan.

Beliau yang juga timbalan mursyidul am PAS itu bagaimanapun meminta rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang memohon kepada Allah supaya dijauhi segala musibah.

"Kita berdoa agar tidak menerima musibah besar, itu paling utama.

"Saya juga menyeru rakyat di negeri ini mengadakan solat hajat momohon doa agar Kelantan bebas daripada banjir besar," katanya ketika diminta mengulas kesediaan kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di Kota Bharu, hari ini.

Lihat Komen
ADS