Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk utara diminta waspada gelombang kedua banjir

Penduduk di negeri-negeri utara semenanjung diminta agar tetap berwaspada terhadap gelombang kedua banjir berikutan pertukaran angin monsun ketika ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jabatan Meteorologi meramalkan gelombang kedua akan berlaku sebelum tempoh peralihan monsun berakhir hujung bulan ini.

"Jangkaan saya sehingga penghujung bulan November baru pertukaran (monsun) itu habis," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Wan Junaidi menegaskan bahawa gelombang kedua banjir itu hanya merupakan satu kemungkinan buat masa ini.

"(Tetapi) negeri-negeri utara (seperti) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang kena masih berjaga-jaga," katanya.

Lihat Komen
ADS