Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga petrol tertinggi sejak harga mingguan diperkenal
Diterbitkan:  Nov 8, 2017 6:42 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Harga petrol naik antara enam hingga tujuh sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini yang merupakan kenaikan tertinggi sejak pengenalan sistem harga minyak mingguan.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, RON95 naik sebanyak tujuh sen kepada RM2.31 seliter manakala RON97 naik sebanyak enam sen kepada RM2.60 seliter.

Harga petrol kali terakhir mencecah paras tertinggi di bawah sistem baru pada 20 April lalu apabila RON95 berharga RM2.27 seliter manakala RON97 RM2.54 seliter.

 

Sementara itu, harga diesel naik sebanyak tiga sen kepada RM2.20 seliter.

Ia adalah harga kedua tertinggi di bawah sistem baru.

Harga diesel tertinggi dicatatkan pada 20 April lalu iaitu RM2.21 seliter.

Harga terbaru itu merupakan kenaikan kali keempat berturut-turut sejak 11 Oktober lalu.

Sistem harga minyak mingguan dilaksanakan sejak 30 Mac.

Ia ditentukan oleh harga minyak global berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS