Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam balu PI Bala dakwa Deepak beri keterangan berbeza

Peguam mewakili balu penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, berkata ahli perniagaan Deepak Jaikishan memberi dua keterangan pembelaan bercanggah berhubung saman ke atas sembilan individu termasuk perdana menteri dan isterinya.

Dalam sepucuk surat - bertarikh semalam - Americk Sidhu berkata Deepak menyampaikan sendiri pembelaannya pada 25 Okt manakala satu lagi oleh peguam Shafee Abdullah pada 6 Nov.

Surat itu diberikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hue Siew Kheng.

Americk yang mewakili A Santamil Selvi berkata demikian dalam permohonannya mengetepikan pembelaan Deepak dalam saman wanita terbabit.

Melalui surat itu yang dilihat Malaysiakini, Americk menyatakan kedua-dua penyataan pembelaan itu didapati mempunyai perbezaan ketara dalam butiran kandungannya.

Firma Americk menyerahkan salinan dokumen bertarikh 25 Okt itu dan menyertakan lampiran e-mel kenyataan pembelaan itu kepada mahkamah.

"Kami menerima arahan untuk memohon mengetepikan kenyataan pembelaan defendan kelapan (Deepak) bertarikh 6 Nov," kata surat itu.

Salinan suran berkenaan juga dihantar kepada peguam lapan defenda lain.

Dokumen pembelaan terdahulu yang diberikan kepada Americk (gambar) turut disertakan dalam surat kepada mahkamah itu.

Berdasarkan carian fail mengenai surat berkenaan serta pembelaan awal Deepak, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dikaitkan dalam kejadian yang membawa kepada tindakan mendiang Balasubramaniam pergi ke India selama lima tahun mulai 2008.

Bagaimanapun dalam keterangan pembelaan kedua - yang dihantar kepada Americk oleh Shafee pada 6 Nov - Deepan berkata dia tidak tahu menahu penglibatan perdana menteri dan isteri beliau.

Dalam kenyataan pembelaan kedua juga memohon untuk mengetepikan saman difailkan oleh Santamil Selvi serta tiga anak balu terbabit.

Najib dan Rosmah sebelum ini - melalui kenyataan pembelaan mereka - menafikan semua dakwaan dibuat Santamil Selvi dalam keterangan tuntutan, dan memohon saman itu ditolak berdasarkan faktor res judicata dan estoppel.

Semasa prosiding terakhir saman berkenaan pada 1 Nov lalu Deepak menjadi satu-satunya defendan yang belum memfailkan kenyataan pembelaan di mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS