Polis Kuala Krai mencari seorang penganggur dikenali Idi Telor bagi membantu siasatan dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning dilaporkan berkata, suspek atau nama sebenarnya Mohamad Saide Al Jasas Abdul Halim, 44, beralamat di Jalan Geale.

Menurutnya, suspek juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, lapor Sinar Harian.

"Kita minta kerjasama orang awam yang mengetahui tentang suspek supaya melaporkan ke balai polis terdekat.

"Suspek dikehendaki untuk siasatan ke atas empat laporan,” beliau dipetik sebagai berkata kepada harian itu.

Abdullah berkata, kelmarin, pihak polis mengejar suspek, namun dia berjaya melarikan diri.

“Jadi saya harap orang ramai dapat beri kerjasama kepada pihak polis jika mempunyai maklumat berkaitan suspek,” katanya lagi.