Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRU14: ‘Ong’ BN lepas Tahun Baru Cina, kata Economist
Diterbitkan:  Nov 9, 2017 5:26 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Majalah The Economist membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-14 mungkin diadakan pada Februari tahun depan selepas perayaan Tahun Baru Cina.

Menyifatkan tempoh berkenaan sebagai "masa manis" untuk mengadakan pilihan raya, majalah itu bagaimanapun meramalkan "keputusan pahit" buat pesaing Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut majalah itu, walaupun Najib dikaitkan dalam penyelewengan berhubung skandal 1MDB - yang berulang-kali dinafikannya - beliau kelihatan berada di landasan betul untuk mengekalkan cengkaman kuasa.

"Berdepan dengan pembangkang yang semakin kukuh, Najib mungkin memilih untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, dan bukannya kemudian.

“Tetapi pilihan raya dalam dua bulan akan datang mungkin bersamaan dengan musim banjir di kawasan luar bandar, yang mungkin menyekat pengundi membuang undi dan ada yang akan menjadi marah.

“Ini boleh dielakkan dengan mengadakannya lewat sedikit. Tetapi perdana menteri tidak akan mahu menunggu lama, memandangkan (bekas pemimpin pembangkang) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) mungkin bebas seawal bulan April," katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas sabitan kes liwat yang dakwanya direkayasa oleh pentadbiran Najib. Pihak berkuasa menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut The Economist, “gerrymandering” atau penipuan akan menjadi antara faktor membantu Najib memenangi pilihan raya akan datang.

"Pada pilihan raya lalus, walaupun pembangkang memenangi 51 peratus undi, ia hanya mendapat 40 peratus daripada 222 kerusi di Parlimen.

“Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan anggota yang dilantik oleh kerajaan, mencadangkan persempadanan semula yang akan melihat pengundi seperti etnik-Cina yang lazimnya mengundi pembangkang dipindahkan ke kerusi kawasan-kawasan besar, yang kebanyakannya di bandar.

"Ini bermakna undi mereka dikira kurang daripada orang Melayu di kawasan luar bandar yang jarang penduduknya, yang cenderung memihak kepada Umno.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS