Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada unsur dera pada video tular - Polis
Diterbitkan:  Nov 9, 2017 6:00 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Polis mengesahkan tiada unsur penderaan berlaku dalam rakaman video seorang wanita menampar anaknya di Taman Mahkota Emas yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata wanita tersebut tampil memberi keterangan semalam selepas menyedari rakaman berkaitan kejadian itu tular dan mendapat kecaman netizen.

"Tiada unsur penderaan dan apa yang berlaku ialah salah faham dalam keluarga. Doktor juga mengesahkan kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu tidak mengalami kecederaan," katanya semasa dihubungi di Kuantan hari ini.

Baru-baru ini, seorang wanita dirakam menampar anaknya sebanyak dua kali sehingga menangis selepas kanak-kanak itu berkeras mahu mengikutnya, walaupun setelah dimarahi dan diarah untuk masuk ke rumah.

Video berdurasi kira-kira 50 saat itu yang dipercayai dirakamkan oleh penduduk di taman itu juga menunjukkan kanak-kanak itu seakan-akan diheret ke pintu belakang kereta dan diarahkan masuk sebelum kedua-dua mereka beredar.

- Bernama

Lihat Komen
ADS