Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu Bugis: DUN Selangor tak masuk campur, kata speaker

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak seharusnya campur tangan dalam isu membabitkan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina etnik Bugis, kata Speaker Hannah Yeoh.

Beliau berkata ini kerana titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Jumaat lepas menjurus supaya perkara itu disiasat oleh pihak berkuasa.

"Titah Tuanku adalah untuk polis menjalankan siasatan. Itu di perenggan terakhir (kenyataan media berkenaan).

"Tuanku tidak meminta Dewan untuk menyiasat. Tuanku bertitah supaya pihak berkuasa yang menyiasat perkara itu. Jadi mengapa dewan perlu masuk campur," katanya pada sidang media selepas sidang DUN Selangor di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas memorandum yang disampaikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini kepada Sultan Selangor bagi membantah tindakan DUN Selangor menolak usul membahaskan kenyataan Dr Mahathir itu.

Pada sidang DUN semalam, Yeoh menolak usul tergempar yang dikemukakan Datuk Abduk Shukor Idrus (BN-Kuang) untuk membahaskan isu berkenaan.

Penyelaras ADUN BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata memorandum itu sebagai sokongan terhadap titah baginda yang menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan itu.

-Bernama

Lihat Komen
ADS