Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jamil, JAKIM belum dibenar mengadap Sultan Johor

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jamil Khir Baharom masih belum mendapat kebenaran mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung dobi eksklusif Muslim di Muar.

Ketika wartawan mengajukan soalan, Jamil cuba melarikan diri dengan menuju ke arah lif berhampiran dan hanya sempat mengulas secara ringkas mengenai perkara itu.

“Kita tunggu kebenaran,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvensyen Nasional Peguam Syarie Malaysia, di Hotel Grand Seasons, hari ini.

Jamil dan Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha pada 14 Okt lalu memohon mengadap Sultan Johor bagi memberi penjelasan ekoran penahanan penceramah Dr Zamihan Mat Zin.

Pada 8 Oktober lalu, Zamihan yang juga pegawai kader Jakim didakwa menyampaikan ceramah berbaur perkauman dan mengkritik institusi diraja berkenaan dobi eksklusif Muslim.

Susulan itu, Zamihan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan telah dibebaskan dengan jaminan polis dua hari kemudian.

Sultan Ibrahim pada 27 September lalu mengarahkan kedai dobi kontroversi di Muar itu menghentikan dasar kontroversinya atau berdepan risiko ditutup.

Menyifatkan langkah itu sebagai karut, baginda bertitah Johor adalah milik semua kaum dan agama serta bukan negeri Taliban.

Baginda juga menitahkan  Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) agar tidak lagi berurusan dengan Jakim.

Lihat Komen
ADS